| tetraplegia : future with hopes |

| tetraplegia : future with hopes |

05 Oktober, 2019

Heartbreaking

Sebenarnya tak tahu nak start dari mana..

Bismillahirrahmanirrahim.

This is so heartbreaking
Penantian 3 tahun lebih seakan langsung tak berbaloi
Rasa yg cuma sekadar kawan,
Tapi dianggap lebih oleh aku

Di katanya aku terlewat mengenali
Dia 2014
Aku Bulan 8, 2015
Dan dia dulu selalu ada masa meluah
Dan entah sejak bila tetiba jadi rapat
Dan kini merancang untuk hidup bersama
4x aku bertanya
Dan baru malam itu terluah
Konon xnak mengguris
Risau sebabkan aku hilang fokus utk fisio
Nak capai aim independent aku
Dan ucapan maaf itu..
Seakan merobek seluruh isi hati aku
Sakit.
Terlalu sakit.
Teramatlah sakit.




Aku tak pernah pulak terfikir
Yang aku nie cuma satu ujian bagi dia
Bukan jodoh
Dan kini,
Walau terpaksa, perlu ikhlaskan hati melepaskan
Belajar dari A to Z
Yang hidup kini sudah tak ada dia
Sudah tak ada "senior"
Sudah tak ada "tetra tetra"
Sebab terlalu mencintai
Dengan rasa cinta yang menggunung
Mengharap balasan cinta ini berputik,
Aku jadi hopeless
Dunia seakan terbalik
Menangis pun tidak
Nak makan xlalu
Hati?
Hati berdetak terlalu sakit
Bagai ditoreh2, disiat2 isinya
Walau ada yg bersuara, "Ala, kimi je pun..."
Mungkin sudah terbiasa dari 2015
Dia selalu ada
Aku jadi bingung
Pada siapa aku harus meluah selepas ketiadaan dia?
Tak guna didesak
Sebab aku pun masih belum bersedia memikul tanggungjawab
Masih banyak yang perlu aku capai dalam hidup
Mungkin perlu masa lagi 2 tahun
Sedangkan dia?
Dah selayaknya menjadi ketua keluarga
Cuma aku tak sangka, situasi seperti nie kembali lagi
Bagaimana aku boleh move on dari fahmi dulu
Macam itu jugaklah aku harus bisa melepaskan zulhaqqimi pergi
Mungkin.. Perlu masa yg lama
Time will heal everything
Maafkan aku.
Pergi bukan bererti membenci,
Tapi terlalu mencintai.
Perlu banyak masa untuk seikhlasnya melepaskan..
Seperti bagaimana cara aku berdoa
Dulu diminta nya mendekat, tapi kini meminta supaya menjauh
Meminta supaya hati menjadi lebih tabah
Dapat menerima kenyataan
Yang hati dia sudah setia bersama yang lain.
Bukan aku.
Tolong aku Ya Allah..
Kalau dulu separuh semangat aku bersama dia
Tapi kini tak ada lagi
Tolong cekalkan hati aku
Melepaskan semuanya pergi
Merelakan seikhlas hati.
Dan mendoakan pasangan itu menjadi abadi
Didik hati dan jiwa aku
Moga selepas ini yang datang betul2 jodoh
Aku taknak terluka lagi Ya Allah..
Cukup.
Rasa nie sakit. Terlalu sakit.
Bantu aku jadi lebih kuat yg hidup nie kini tinggal seorang..
Di blog yang sama aku meluah rasa
Dan di blog yang sama aku menulis berdoa merelakan rasa ini pergi
Terus bantu aku Ya Allah..
Tolong aku...selalu..😭


Move on?
Tak semudah yang disangka
Tika kau mula berharap...
Renovate rumah pun membayangkan bersama dia ada
Balik kampung naik ets akan tempuh ipoh dulu
Bila kau tahu takkan ada lagi view status whatsapp dari dia
Sudah tak ada Zul Haq, qimi_empire
Sudah tak ada lagi kucing bermalas malasan atas piano
Sudah tak ada lagi "Niss..."
Tak ada lagi orang hantar menu terbaru fastfood kat aku
Dah tak ada lagi vc
Dah xmampu nak join lagi group Lepak Santai
Aku bagai mahu hilangkan diri menjauh dari dia
Itu cara aku move on.
Mohon Kau terus kuatkan hati aku Ya Allah..
Terus bantu aku hadap semua nie
Sampai aku ditakdirkan berjumpa dgn jodoh aku yg sebenar2 nya

Aku menadah tgn, bersujud tahajjud, taubat serta hajat
Bantu aku lupakan hambaMu itu Ya Allah..

Amin aminn ya rabbal a'lamin..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan