| tetraplegia : future with hopes |

| tetraplegia : future with hopes |

27 September, 2014

Takut. ? Ntah lah.

#prayformyfuturelife

Aku sering hashtag dengan sentences nie
Tapi ntah lah
Kadang rasa takut
Sampai bila harus begini ?

Risau.
Gerun.
Masa depan terlalu jauh
Makin difikirkan makin stress pulak jadinya

Jalani saja ?

Berat bahu memandang, berat lagi bahu yang memikul

Aku pun ada impian sendiri,,

Ada rumah
Ada kereta
Ada degree
Ada suami
Ada anak-anak
Ada kehidupan yang bahagia
Berhenti dari menyusahkan orang lain
Hidup sihat sejahtera..
Dan,,
Hidup aku biar aku yang tentukan sendiri..
Belajar berdikari semula.. Macam dulu-dulu

"traumatic spinal cord injury"

Aku xpernah sangka yang aku nie insan terpilih
Untuk mendapat ujian sehebat ini.

Allahu..

Masa depan,,
Aku sebenarnya takut untuk menghadapi kamu

Allahu akbar !!

And InsyaAllah
Aku akan cuba semampu mungkin.

" Keep fighting ! "

26 September, 2014

Khasiat daun pandan

Khasiat Daun Pandan

1. Menurunkan darah tinggi

Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas sahaja. Minum airnya.

2. Matikan kuman dalam darah

Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.

3. Melembutkan Daging

Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.

Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.

4. Melicinkan kulit

Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.

5. Mengecutkan rahim

Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari

Masak lemak ketam

Masak Lemak Ketam

Bahan-bahan :

1/2 kg ketam-potong 2
*1 inci lengkuas
*2 inci kunyit hidup - kalau kuah kurang kuning tambah sikit kunyit serbuk
*4 biji bawang merah
* 2 sudu besar cili kering yg diblended/cili segar pun boleh
*1 inci halia 1 btg serai diketok
1 pkt santan - sederhana pekat
garam (ikut rasa),asam keping sekeping
3 biji buah tomato - potong 4
2 biji cili hijau

Cara-cara :

1. Semua bahan * ditumbuk/diblender sampai lumat.
2. Masukkan bahan yg ditumbuk lumat dan serai dlm periuk besar/kuali dan masukkan santan dan biarkan mendidih sekejab.
3. Masukkan ketam, asam keping, garam.
4. Kacau hingga mendidih dan hingga ketam masak.Masukkan cili hijau dan tomato..kacau kejap..siap utk dimakan.

copypaste

:)

Roti Arab

Roti Arab

Bahan-bahan ( 10 org makan )

2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar gula
300 ml air suam
6 g yis
500g tpg gandum

Cara-cara :

1. mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam

2. tepung di gaul dengan yis

3. Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental

4. perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup

5. Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji

6. Canai nipis lebih kurang 0.4 cm

7. panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.

8. Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging.

:)

Kucing & rezeki

3 Tanda Apabila Kucing Datang~~

Bila kita makan di kedai makan. Tiba-tiba ada kucing datang. Minta makanan dengan kita. Kenapa tak pada orang lain? Saya biasa alami situasi ini. Saya dapat rungkaikan. 3 tanda apabila kucing datang. Kepada kita bukan orang lain.

Pertama.
Allah sedang bagi tahu. Makanan kita hak kita itu. Bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.

Kedua.
Allah sedang bagi tahu. Apabila kita memberi makanan. Kepada kucing itu. Rezeki lain akan Allah ganti. Yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu. Allah balas 10 kebaikan @ pahala. Allah Maha Mampu. Bagi lebih dari itu.

Ketiga.
Allah sedang bagi tahu. Apabila kita tak memberi makanan. Kepada kucing itu. Sebenarnya kita. Sedang menolak rezeki baru. Allah nak bagi kepada kita.

Rezeki itu luas. Bukan hanya pada wang. Tapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi. Berilah pada haiwan. Kerana haiwan tak pandai Ucap terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan.

Alhamdulilah dah tahukan.

Khusyuk dalam solat.

MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG.

Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari melakukan apa jua kerja.

1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah. Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa saja.

2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk bertemu denganNya secara formal.

Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat) dan saya ingin berterima kasih pada Nya.

3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan kemaksiatan.

4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah.

Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemu Allah tidak saya lepaskan.

5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu. Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.

6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.

7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini memahami apa yang diucapkan adalah….

“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya ya Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu ya Allah sebanyak-banyaknya ya Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang ya Allah.”

“Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu ya Allah. Ya Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik ya Allah.”

“Ya Allah sesungguhnya ya Allah, solatku ya Allah, ibadahku ya Allah, hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untukMu ya Allah.”

“Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah, dan aku diperintahkan untuk tidak menyukutukanMu ya Allah dan aku ini dari golongan orang yang berserah diri.

8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. Kita berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita komunikasikan dengan Allah adalah….

“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang terkutuk ya Allah.”

“Ya Allah, Dengan namaMu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan Penyayang ya Allah”.

“Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam ya Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ya Allah. Engkaulah raja yang menguasai hari pembalasan ya Allah.

Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami mohon pertolongan ya Allah. (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini bergetar)

Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan mereka yang telah Engkau beri nikmat ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat ya Allah.”

ALLAHUKABAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.

9. Kemudian kita baca surah yang mudah dan kita fahami.

10. Diamlah sejenak sebelum kita rukuk. Tuqmaninah sebentar. Sedarilah kita rukuk untuk hormat dan memuji Allah.

11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan bacaan rukuk. Diamlah namun sedar dan berterima kasih pada Allah. Terima kasih yang datang dari hati ini.

Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati. Bukan bacaan sekadar dari bibir semata-mata.

” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah.”

Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dengan benar disamping fizikal kita benar-benar rehat. Tulang-tulang kita kembali kepada tempatnya. Darah mengalir ke otak kerana kedudukan otak sama dengan jantung.

Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.

12. Bangunlah dengan perlahan, dengan hormat dalam setiap pergerakan solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dengan Allah. TUHAN..bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah….tetapi Allah…. TUHAN yang menjadikan kita dan tempat kita kembali. Allah..

Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….

“Ya Allah, untukMu segala pujian ya Allah.”

Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita? siapa kita yang sering ingin dipuji? Siapa kita yang sering kecewa ketika orang lain tidak memuji kita? Siapa kita?…. Astaghfirullah.

13. Sujud….. Diamlah sebentar. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini kembali kepada asalnya yakni tanah. Kita tidak ada apa-apanya lagi. Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa-apanya. Kita mengharapkan redha Allah semata-mata.

Sujudlah… sedarlah Allah… lalu pujilah Allah….

“Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi ya Allah”

Diamlah sebentar untuk pujian kedua dan ketiga agar benar-benar pujian itu dari hati kita dalam kesedaran padaNya.

14. Kemudian duduklah dengan penuh tunduk dan mengharap padaNya. Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dengan laju…. tetapi mohonlah… mohonlah. Diri kita sangat memerlukan kasih sayang daripadaNya.

“Ya Allah, ampunilah aku ya Allah”

“Ya Allah, rahmatilah aku ya Allah”

“Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku ya Allah”

“Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah” (angkat darjat bukan naik jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan. Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tidak mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan dan kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tidak tertahan untuk mampu terus hidup).

“Ya Allah, Murahkan rezekiku ya Allah”

“Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu ya Allah”

“Ya Allah, sihatkanlah aku ya Allah”

“Ya Allah, maafkanlah aku ya Allah.”

Andai ini dibaca dengan baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan lebih berserah kita padaNya.

**** Jika ini dapat didirikan dengan baik, nikmatilah sendiri keindahan solat. Betapa nikmatnya solat dan nikmatnya solat kita tidak pernah sama sejak kita mendirikannya dulu hingga sekarang. Bahkan nikmat solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yang lain.

Dulu saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang dekat dengan Allah sentiasa menunggu-nunggu waktu solat.

Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham mengapa solat itu sering ditunggu-tunggu.

Dari tinta Dr Fuad Latip 5 Sept 2014

20 September, 2014

Roti pizza

Bahan bahan :

1 1/2 cawan air suam
2 sk yis mauripan
Secubit gula
4 cawan tepung gandum
1/4 sk garam
1/4 cawan olive oil
Sedikit olive oil (lumur)

Cara-cara :

Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.

Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam. Buatkan satu lubang di tengah tengah tepung. Tuangkan olive oil ke dalamnya, diikuti dengan air yis tadi.

Ambil pisau dan dilalukan seolah memotong kek dari tepi ke tepi sehingga menjadi sebati.

Dengan menggunakan kedua dua tangan, uli, gulung doh sehingga tidak melekat di tangan.

Taburkan tepung gandum atas papan pencanai. Uli doh sehingga rata dengan meletakkan tangan di kedua dua tepi doh, dilipat ke tengah dan ditolak ke depan dengan kedua dua tangan.

Sapukan olive oil di mangkuk dan letakkan doh yang siap diuli di dalamnya. Sapu lagi olive oil di serata permukaan atas doh.

Akhir sekali tutup dengan plastic wrap dan biarkan doh selama 30 minit. Keluarkan doh yang dah naik berkali ganda, tumbuk dan bahagi kepada 2 bahagian.

Sapukan dulang pizza dengan butter. Leperkan doh pizza dan dicucuk cucuk sedikit dengan garfu bagi mengeluarkan udara. Bolehlah disapu dengan sos pizza dan letaklah apa apa topping pizza yang disukai.

Siap doh yang gebu dan lembut ini. Siap untuk diletakkan sos dan topping

Pisang goreng rangup

BAHAN-BAHAN UNTUK PISANG GORENG

1 biji pisang Tanduk (dipotong mengikut citarasa masing2)
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
sebiji telur
satu sudu butter
secubit garam
perwarna kuning@serbuk kunyit
minyak masak secukupnya untuk mengoreng

BAHAN-BAHAN UNTUK TOPING

Keju cheddar(diparut) satu sudu kecil susu pekat manis satu sudu kecil butter

CARA-CARA MEMBUATNYA;

1. Tepung gandum dan tepung beras, dicampur dalam satu bekas bubuh air dan telur serta perwarna kuning. Masukkan sesudu butter didalam bancuhan tepung tadi serta sedikit garam.

2. Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, dan goreng seperti biasa, serta toskan.(deep fry).

3. Di dalam kuali yang lain bubuh sedikit butter, masukkan sedikit saja keju yang telah diparut, masukkan pisang berserta sedikit susu pekat manis. Siap untuk dihidang dengan ditabur parutan keju di atas pisang goreng

selamat mencuba
:)

Daging masak hitam

daging masak hitam

Bahan-Bahan:

500 gm daging [dipotong nipis]
1 s/b serbuk jintan manis ]
1 s/k serbuk jintan putih ]
bancuh dgn air rebusan
4 s/b minyak masak
5 s/b kicap pekat
1/2 cawan jus asam jawa
Gula secukupnya

Bahan Mesin
15 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
15 tangkai cili kering

Cara:

Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan jintan yg dibancuhkan hingga wangi.

Masukkan daging dan sedikit air. Biarkan sehingga lembut. Bila sudah lembut, masukkan kicap pekat. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak. Rasakan garamnya.

selamat mencuba
:)

15 September, 2014

Semoga angan-angan menjadi kenyataan

Hah.
Sekarang jam 04:05am
Gila aku tak boleh tido lagi

Hujan lebat
Suasana dingin
Buat aku rasa nak karang diari
Eh? Haha.

"masa depan"

Aku hari nie berusaha
Sangat-sangat berusaha
Aku mahu majukan diri sendiri
Ya Allah
Aku sendiri tak sangka aku boleh jadi sekuat ini.

"beauty with brain"

Ya. Aku mahu menjadi seperti itu

Kembali cantik.
Kembali mengejar cita-cita..

Samada berkerusi roda plg ringan di dunia,
Atau bertongkat satu macam nenek-nenek selalu guna
Haha ah biarlah

Aku rasa aku boleh jadi ahli kaunseling la
Penat aku ceramah kt abah kemarin dulu
Tengok tadi abah dah mula start mengayuh sambil tengok tv
Alhamdulillah
Aku kena lebih berusaha nie
Abah tengok aku makin banyak kesembuhan
Abah jadi semangat balik
Ohh rupanya aku memang kekuatan abah.

Semoga abah berubah.
Ya aku akan buat abah berubah.
Itu janji aku.

Kak lang kan anak abah.

Dan tuhan,
Tolong kuatkan kami tuhan.
Bereskan hal-hal dunia kami.
Aminn

:)

*dalam misi nak wujudkan gym dlm rumah. Hah semua aku nak beli. Who cares? Haha pulun p la. Janji makin hari makin sihat. Kak lang love u abah!

12 September, 2014

Resepi karipap

KARIPAP CHEESE + SAUSAGE

Bahan kulit:

225gm tepung gandum
80gm margerin
70ml air @ secukupnya
sedikit garam halus

Caranya:

1. Satukan tepung dan margerin, gaul hingga rata .
2. Air dan garam disatukan, kacau hingga garam hancur.
3. Masukkan air dalam adunan dan gaul hingga lembut dan licin (saya guna mixer).
4. Pastikan masukkan air separuh2 . Jika dah ok, tak perlu habiskan. Jika adunan masih keras, boleh tambah sikit lg.
5. Ambil sedikit adunan, bulat2kan kemudian digelek nipis. Letak inti secukupnya, tutup dan kelim ditepinya.
6 . Goreng hingga keemasan dan sedap dimakan panas2....cheese meleleh2!

Bahan inti:

2 biji kentang
~ direbus dan dilecek halus
sedikit daun sup lada sulah secukupnya
mayonis secukupnya susu cair secukupnya
sausage secukupnya
~ direbus dan dipotong2 cheese cheddar secukupnya
~ dipotong2 ikut citarasa

Caranya:

1. Kentang yg dah dilecek, gaulkan bersama lada sulah, daun sup, mayonis, dan susu cair. Masukkan susu cair sikit2, kalau adunan dh lembut dan tak kering sangat, dah ok. Saya guna lada sulah berperisa AjiShio, mmng dah masin dan tak perlu tambah garam. Kalau guna lada sulah biasa, tambah garam sedikit.
2. Sausage boleh digantikan dgn jejari ketam jika suka ataupun campur keduanya sekali lagi sedap.
3. Cheese tu.....kalau suka banyak, boleh potong 2 @ 3....kalau takut muak, potong kecil je.
4. Dah siap semuanya, bolehlah dimasukkan dalam karipap.
5. Kalau tak nak letak kentang, letak cheese dgn sausage je pun boleh....tp bagi saya, letak kentang lg sedap, tak muak sangat!!!.
6. Yg pasti.......karipap cheese mmng sedap!

Sumber fb Resepi Hawa

11 September, 2014

Resepi Pau Gebus

PAU GEBU

Bahan-bahan :

1kg tpng gndm
1sudu teh baking powder (ayak bersama)

BAHAN DILARUT BERSAMA

1sd teh garam
1/2cwn minyak
2 1/4cwn air
1pek yis
1sd mkn gula
2sd mkn susu pekat
1bj telur

Inti pilihan

CARA :

- kacau bhn diatas hngga gula larut
- tuangkan skt2 ke dlm tpng hngga menjadi doh tak melekat ditangan
- ambil sedikit doh, leperkan & masukan inti pilihan, kemaskan
- biar hngga doh naik 1 kali gnda (jngn terlalu naik, dah penuh 2 loyang pengukus saya mula mengukus)
- kukus 7-10 minit (saya kukus 7 minit shj) balut tudung pengukus

Sumber dr fb
:)

10 September, 2014

Resepi Roti Bawang, Mushroom Soup, Roti Bawang Putih

Resepi Buat Roti Bawang

Bahan-bahan ( 2 org )

4 keping roti gardenia
3 ulas bawang putih
4 sudu besar buttercup
1 tin sup ayam

Cara-cara:
1.masukkan bawang putih dlm aluminium foil n bakar dalam oven selama 15 minit..suhu 180 darjah.

2.setelah dibakar,tumbuk bawang putih(pecah2kn).dan masukkan ke dalam butter.

3.cairkan butter di dlm oven.setelah cair sapukan pada roti.dan bakar selama 10 minit.

4.sup ayam dipanaskan.dan sedia untuk dihidang bersama roti tadi.

MUSHROOM SOUP

Bahan-bahan ( 6 org )

1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar(susu kotak)
1 ketul kiub ayam - akk letak 2 kiub
1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2) -akk cincang halus
garam
secubit ajinomoto
1 cawan tepung gandum

Cara-cara :

potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.

masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.

masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti.

Sup ni enak bangat makan dengan roti bawang putih atau nama glamernya garlic bread, roti ni mmg sedap, bahan2 pun simple je

ROTI BAWANG PUTIH

secukupnya roti - akk guna roti gardenia je
2 sudu besar (100 gm ) mentega
1 sudu besar (50 gm ) majerin
3 ulas bawang putih - di cincang halus sedikit lada sulah - aji shio akk tambah

Cara-cara :

gaul semua bahan2 di atas kecuali roti, kemudian boleh lah di sapu pada bahagian atas roti sahaje, dan di bakar, kalo suka garing bakar lama sikit

Akk tak pasti resipi kepunyaan siapa, masa dok google tu lupa lak nak salin, main ingat je sbb bahan2nya senang sangat

sedap roti ni garing n panas2 makan dengan sup panas2, biasanya orang guna roti perancis, atau roti yang panjang pas tu potong serong, tapi akk lagi suka roti gardenia maklumlah pengguna setia.

Pada sesiapa yang nak cuba sup ni boleh lah, hasilnya mmg sedap sangat. Selamat Mencuba..

*sumber dari fb

07 September, 2014

Resepi kuih lopis

Ferevet aku nih!!
Nyummy~

RESEPI KUIH LOPES

Bahan bahan

Untuk sira :

1) 1 cawan gula merah
2) 1 cawan gula
3) 2 cawan air
4) 1 helai daun pandan (disiatsiat)

Untuk lopes :

1) 1 kg beras pulut
2) 5 helai daun pandan (jadikan jus)
3) 1 cawan gula melaka
4) Beberapa helai daun pisang
5) Tali
6) 1 biji kelapa parut muda (putih)
7) 1 sudu teh garam

Cara :

Untuk sira :

1) Masukkan kesemua bahan dalamperiuk dan masak sehingga mendidih.
2) Tapis dan ketepikan.

Untuk lopes :

1) Rendam beras pulut sehingga kembang. Kukus sehingga separuh masak.
2) Gaulkan rata pulut dengan perahan air daun pandan.
3) Daun pisang dibuat kelongsong dan diikat bahagian pangkalnya dengan tali.
4) Panaskan pengukus.
5) Masukkan pulut tadi ke dalam kelongsong dan pastikan ia tidak terlalu padat dan ikatkan di bahagian hujungnya.
6) Kukus pulut tadi sehingga masak dan sejukkan.
7) Potong pulut yang telah disejukkan dan gaulkan dengan kelapa parut.
8) Hidangkan dengan sira.

Sedia untuk dihidangkan

:)

Sumber dari fb

Proses bt loan kete

Proses Buat Loan Kereta

Berhati-hati Apabila Deal Dengan Salesman Ingatlah tuan-tuan dan puan-puan sekelian, anda mestilah berhati-hati apabila ingin membeli kereta baru atau kereta second hand. Ramai salesman yang tak jujur menanti untuk menggigit anda.

Ramai orang mudah tertipu dengan diskaun harga yang ditawarkan atau anda akan dapat cash rebet sekiranya anda membeli dengan salesman ini... awas... cek betul-betul anda rugi atau anda untung???? Dari segi zahirnya anda rasa anda untung kerana anda ditawarkan diskaun...tapi anda sebenarnya rugi kerana salesman sudah makan di atas interest bank yang sengaja dilebihkan dari kadar biasa.

Sebagai contoh; Harga Perodua Myvi ialah RM46,900. Tetapi salesman kata dia boleh bagi anda RM1000 diskaun dan beberapa hadiah menarik... Ini bererti; harga kereta setelah ditolak diskaun ialah RM45,900. Anda bersetuju untuk membayar RM5,900 sebagai downpayment. Setelah dibuat sedikit kira-kira dan salesman bagitau anda bulanan kereta anda ialah RM487 selama 9 tahun. Anda tanpa banyak soal terus bersetuju membeli dengan salesman ini.

Ok...anda tau tak berapa anda buat loan? Anda tau tak berapa interest bank yang terkini untuk pinjaman kereta? Anda tau tak cara kira-kira pinjaman kereta? Kalau anda tau sudah pasti anda tidak akan setuju dengan jumlah bulanan yang dikenakan.

Semasa blog ini ditulis interest bank bagi kereta nasional baru ialah 2.8% dan bagi kereta terpakai ialah 3.5%. Bulanan RM487 adalah dikira dengan interest 3.5%. Sekiranya dikira dengan interest 2.8% bulanannya ialah RM463.

Untuk interest 3.5%, keuntungan yang diambil bank ialah RM12,600. Untuk interest 2.8% keuntungan yang diambil bank ialah RM10,800. Bezanya ialah RM2,250.

Walaupun RM487 dan RM463 perbezaan cuma RM24 sahaja tetapi kalau dikira RM24 X 108 bulan (9 tahun) jumlahnya agak besar.

Berbalik kepada cerita salesman 'baik hati' yang bagi diskaun kepada anda tadi... dia sebenarnya telah memanipulasi anda yang tak tau apa-apa.... Walaupun dia dengan baik hati offer RM1000 diskaun tetapi secara diam telah telah mengambil duit anda sebanyak RM2,250 in return tanpa anda sedari.

Sebab itulah tuan-tuan dan puan-puan sekelian, anda mestilah tau serba sedikit tentang proses loan dibuat.

Pertama; Mestilah tau harga kereta yang sebenar. Kereta baru amat senang untuk tahu harganya iaitu pada quotation kereta. Sementara kereta terpakai harga tak sama... tetapi anda mestilah tau pasaran semasa. Paling mudah untuk buat perbandingan harga boleh tengok dalam Mudah.my. Mesti diingat bahawa harga kereta terpakai yang dipamerkan adalah harga kereta shj tak termasuk insuran, road tax dan lain-lain proses.

Kedua; Mesti tau kadar interest semasa.

Ketiga; Tahu cara pengiraan loan kereta. Contoh pengiraan sebuah Perodua Myvi baru: Harga:RM46,900.00, downpayment RM6,900.00. Jadi loan anda ialah RM40,000.00.

RM40,000 X 2.8% = RM1,120 (kadar keuntungan bank untuk setahun).

RM1,120 X 9 tahun (sekiranya loan 9 th)=RM10,080

Jadi: RM40,000 (loan) + RM10,080 (keuntungan bank) ------------RM50,080 / 108 (9 th) = RM463.00 sebulan

Jadi anda kena bayar RM463.00 sebulan.

Keempat; Boleh bertanya kadar interest yang sebenar apabila pihak bank menelefon anda, sekiranya anda tak bersetuju boleh dirunding minta kadar yang lebih rendah.

Kelima. Pastikan bayaran booking dan downpayment dibuat di showroom dan dapatkan resit yang original. Elakkan terima resit yang dibeli kat supermarket walaupun ada cop syarikat. Loan Kereta 2nd hand

Anda juga mesti bijak semasa buat pengiraan loan untuk kereta 2nd hand. Harga kereta yang dipaparkan adalah harga bodi kereta sahaja. Awas jangan terpedaya dengan harga yang lebih murah dari kedai used car lain. Pastikan ia betul-betul murah. Bermacam cara dan tektik digunakan penjual kenderaan terpakai untuk mengelabui mata pembeli.

Bagaimana? Misalnya harga sebuah perodua myvi tahun 2009 ialah RM32000. Harga on the road boleh jadi RM36400. Apa pulak yang lebih lebih RM4400 ni... ok RM4400 ini adalah insurans dan documentations fees. Biasanya di bahagian inilah pihak used car akan charge giler-giler. Documentations fees termasuk- Company service, JPJ, Puspakom, service permohonan loan, runner dan transfer nama.

Dari segi insurans, anda mesti tau bagaimana cara untuk mengira insuran kenderaan dengan tepat. Kalau anda tak tau kira, anda boleh kira secara online- masuk je 'Paultan' blog, di sini ada Insurance Calculator. Salesman penipu akan kira dengan tak tepat. Kat sini pun dia orang dah boleh untung beratus ringgit sekiranya pembeli tak tau kira insuran. Aku pun hampir terkena. Harga kereta ialah RM32000. Salesman kata dia nak insured RM40000 kerena harga pasaran ialah RM40000. Tau berapa dia kira???? RM1720 untuk nilaian RM40000. Ini tak masuk akal langsung sebab kalau insured RM40000 insuransnya hanya RM1251. Kalau insured RM32000 (mengikut harga kereta) pasti lagi murah.

Anda juga mesti berfikir secara logik. Kalau anda beli kereta 2nd hand dan anda buat loan RM32000 selama 9 th, bulanan ialah RM405. Sebaliknya sekiranya anda beli kereta baru dan buat loan RM40000 selama 9 th, bulanan ialah RM465. Jadi perbezaan bayar bulanan tak banyak...cuma RM60 je, lebih baiklah anda beli baru biar betul-betul puas hati. Kereta 2nd ni kita tak tau sejarah silamnya baik ke buruk ke...

(sumber dari fb)

04 September, 2014

Durian Creepe

RESEPI DURIAN CREPE

Bahan-bahan untuk kulit :

(InsyaAllah kulit jadi licin, tak melekat dan cepat masak)
- 20gm tpg gandum
- 20gm tepung ubi
- 10gm tpg kastard
- 10gm tpg jagung
- 1 biji telur
- 1 sk minyak masak
- 1 sb gula halus
- 40 ml susu cair
- 150 ml air
- pewarna kuning
- perisa durian

Cara Membuat:

- masuk semua bahan dalam mangkuk..sebatikan dengan whisk dan tapis..kalau pekat just tmbh air sikit..
- boleh juga blender..cuma sedikit berbuih..kene hilangkan buih2 tu dulu untuk elakkan crepe akan berlubang bila byk buih..
- ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yg dipegang..
- layangkan kuali agar adunan sekata..
- masak atas api kecil..
- masak hingga kering..angkt..tak perlu terbalikkan masa angkat tu

Bahan-bahan untuk filling :

- 150ML FRESH CREAM diputar hingga kental..(boleh mix sekali dgn 2 sb isi durian)
- isi durian..

Cara Membuat :

- letakkan fresh cream, letak isi durian ..dan letak lagi fresh cream di atasnya..
- lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah..
- siaapp.

Copy&paste ig duniaresepi :)

Cara pakai tudung

Ikut gambar je

Copy & paste kt fb..

Resepi Sos Cheesy Wedges

Resepi sos chessy wedges

Bahan-bahan :

1. 3 -4 sudu makan butter
2. 250ml susu cair (boleh juga guna susu segar)
3. 1 sudu makan tepung gandum suku kiub pati ayam
4. 6 keping chesse
5. sedikit serbuk lada hitam dan lada putih
6. pewarna kuning

Cara-cara penyedian :

1. panaskan butter hingga cair
2. masukkan susu
3. masukkan tepung , kacau sentiasa sehingga tepung sebati
4. masukkan chesse , kiub pati ayam dan serbuk lada..
5.masukkan sedikit pewarna kacau sebati dan siap !

Selamat mencuba

02 September, 2014

Resepi : Beraneka gambar 2

Berdasarkan gambar :

Resepi : Beraneka gambar

Berdasarkan gambar :

Resepi : Roti sosej pintal

Resepi roti sosej pintal

Bahan-bahan:

· 1 paket yis
· 2 sudu besar gula
· 1 sudu besar mentega
· 1 sudu besar susu sejat
· Garam secukup rasa
· ¾ cawan air suam
· 2 ½ cawan tepung gandum

Cara membuat:

Masukkan bahan-bahan seperti yis, garam dan gula bersama air suam. Biarkan selama 10 minit. Kemudian campur adunan tadi dengan tepung dan mentega. Uli sampai menjadi doh. Jika masih melekat, tambahkan tepung. Biarkan doh selama 45 minit.

Cara memintal:

Ambil adunan doh tadi dan leperkan untuk membalut sosej. Potong balutan sosej secara sekata tetapi jangan sampai putus. Kemudian, pintal potongan tersebut ke kiri dan kanan. Selesai memintal, sapu roti dengan sos cili, mayonis dan taburan keju mozzarella. Bakar pada suhu 160 darjah Celsius selama 20 minit.

Selamat mencuba..

Impian masa depan

Impian

Bercakap tentang itu
Aku kadang jadi keliru

Apa sebenarnya impian aku?
Lagipun,
Semua org ada impian.

Hmm

Ya aku kini sudah xseperti dulu
Aku tahu aku xsempurna
Mungkin jika doa diperkenankan tuhan sekalipun
Aku rasa..
Ada jugak bhgian yg xkan pulih
Contohnya aku rasa macam
Jari tgn knan aku xbrfungsi sepenuhnya,
Aku dh xblh angkat benda berat.
Hmm means that if nt aku pregnant
Mybe bila perut dh 7-8bln
Aku kna berkerusi roda balik
(kbnyakan pesakit sci yg pulih bgtau)
Apalagi ek?
Hmm aku myb dh xblh pkai heels

"kasut tumit tinggi"

Sedihnya!hmm

Aku myb kna bt kje plg ringan kt dunia rasanya
Haha

Impian :->

No. Satu ::

Aku mahu kembali sihat
Aku mahu sembuh
Aku mahu pulih
Aku mahu if hbis susah pun
Sampai dh xnmpk jln kluar..
Aku harap aku blh pkai wheelchair yg paling ringan
Then aku blh tolak dgn tangan aku sendiri
Aku mahu kembali berdikari
Aku klu blh dh xnak amik bibik utk jaga aku
Aku klu blh xnak susahkan pakngah utk angkat, hantar & amik aku lgi if aku nk g mne2
Aku klu blh xnak susahkan famili cu if aku nk mkn or bli blnja dapur
Aku klu blh dh xnak susah pakndak lg if aku nk bli brg online & tlg settlekan perihal bibik
Dan..
Yg plg aku terhutang budi dri masa hari 1st aku eksident sampai skrg..
Insan yg satu2 nya masih setia..

"Kak Ngah"

Aku pggil dia ning
Ning kakak no 2 aku
Dialah abah. Dialah mama.
Ning yg setia menunggu aku d luar bilik bedah
Ning yg jga aku kt hsptl
Ning yg suap aku mkn wlupun dia suka guil ns dgn lauk siap2. Mcm nk bg mkn kt orgtua. Huh aku xsuka. Ingt aku xdak gigi?
Ning yg uruskan hidup aku
Tlg jga dt aku
Tlg beli blnja dapur aku
Beli bju rya kt aku

Tp kadang suka mngungkit. 
Huh

Hmm
Betul kta arwah mama dulu

"biaq bg kakngah p sabah. Sb satu hr nt dia boleh tlg hmpa semua."

Hmm

Terima kasih ning..
Terima kasih cu, paksue
Terima kasih pakngah
Terima kasih pakndak..

Doakan supaya Allah memperkenankan doa kita yg kak lang boleh kembali pulih, boleh brjln pkai tgkat satu or at least berkerusi roda biasa yg plg ringan dan tgn kak lang blh tolak wheels tue sendiri. Sb kak lang mahu kembali berdikari dan berhenti dari menyusahkan orglain.. Aminn Ya Rabbal a'lamin..

Impian :->

No. 2 ::

Ijazah Sarjana Muda Kaunseling (Kepujian)
Ya. Aku memasang niat utk sambung bljr dlm kos nie
Aku mahu cerita aku mnjadi inspirasi kpd mereka yg kurang brnsib baik
Macam aku yg sekarang. Saat ini.
Aku mahu mncuba mmpelajari sesuatu yg blh mmberi khidmat pd orglain.
Aku mahu seseorang dtg kpd aku & brkata..

...because of you & your story i dont give up!..

Universiti yg skrg..
Universiti Teknologi Mara Kampus Puncak Perdana
Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Rekod (Kepujian)
Xpalah aku anggap kita xberjodoh ye uitm
Sabar. Redha. Ikhlas.
Itu yg aku sedang buat skrg
Dgn hutang ptptn yg mncecah 16k++
Hanya utk 3 semester dan 5 semester extend,
Cukuplah sampai di sini..

Impian :->

No. 3

Aku mahu abah berubah.
Ya aku mahu lihat abah kembali ceria mcm dulu
Klu abah mahu kawin lain kmi adik beradik redha abah
Kami tahu abah sunyi
Xde teman. Xde sahabat. Xde kwn bercerita.
Abah perlukan seseorang yg dpt bg sepenuh perhatian kt abah
Abah juga perlukan kasih sayang..
Abah perlu berubah.
Dan aku tahu aku juga perlu kembali pulih
Aku tahu klu aku sembuh, abah juga akan kembali pulih
Abah lemah sb aku
Sebab aku..
Aku mahu bwk abah dan mereka yg byk mmbantu aku pergi umrah
(InsyaAllah jika diizinkan Allah swt)
Mari kita sama2 berdoa depan Kaabah.
Kita satu keluarga.
Susah senang kita bersama..

Impian :->

No. 4

Aku ingin berkahwin
Aku ingin mnjadi seorang isteri
Aku mahu merasakan nikmat mengandung dan melahirkan cinta hati kami suami isteri
Aku mahu melalui nikmat kehidupan mnjadi seorang mama
Mmg..cinta pertama itu susah nak dilupa
Tapi bakal suamiku
Kamu adalah cinta yang xpernah aku duga
Cinta terakhir, lelaki terakhir
Jodoh yg xpernah aku sangka
Dan kali nie,
Aku mahu bercinta selepas nikah dan aku juga memohon ini adalah jodoh aku sampai syurga.. Aminn
Bakal suamiku
Kamu adalah insan yg sangat hebat.
Lihat sajalah tulang rusukmu ini..
Sesungguhnya aku sekarang sedang melalui ujian dan dugaan yg sangat hebat dari Allah swt..

..hanya kerana sudah termaktub dlm Luh Mahfuz ku..iaitu menjadi seorang isteri kepada seorang suami yg hebat persis kamu..

Untuk kamu, bakal suamiku
Semoga Allah sentiasa menjaga & melindungi kamu..
Semoga Allah merahmati kamu..
Dan semoga Allah mempertemukan & menjodohkan kita di saat kita betul-betul bersedia.

Amin Ya Rabbal a'lamin..

***

Satu yang aku lupa
Dan selalu lupa
Aku ingin menjadi muslimah sejati
Aku mahu kembali kepada Allah
Kembali melalui jalan yg benar.
Aku tahu kenapa seringkali rezekiku lambat datang
Sb aku lmbat solat!
Aku mahu mmperbaiki 5 rukum islam :
- Mengucap 2 kalimah syahadah
- Menunaikan solat
- Berpuasa di bulan Ramadhan
- Menunaikan zakat
- Mengerjakan ibadat Haji

InsyaAllah..
Doaku, semoga kali ini..
Allah swt betul-betul memaafkan & merahmati aku..
Amin Ya Rabbal a'lamin..